Sunday, November 14, 2010

Seluruh dunia alukan pembebasan Suu Kyi

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB) 14 Nov. - Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mengalu-alukan pembebasan pemimpin pembangkang pro-demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi dari semua bentuk tahanan politik oleh kerajaan junta tentera negara itu semalam.

Ki-moon yang mengkritik pemerintah junta tentera Myanmar sejak dulu, sebaliknya memuji Suu Kyi dengan menyifatkan ikon pro-demokrasi itu sebagai inspirasi kepada dunia.

Katanya, tidak ada sekatan lagi yang harus dikenakan ke atas pemenang Hadiah Nobel Keamanan yang mempunyai sokongan luar biasa apabila orang ramai membanjiri seluruh ibu kota Yangon bagi menyambutnya sebaik sahaja beliau bebas semalam.
Di ROME, utusan khas Kesatuan Eropah (EU)  menggesa agar peralihan demokrasi diadakan di Myanmar dan mahu penganiayaan terhadap etnik minoriti di negara itu dihentikan sebagai susulan kepada pembebasan ke atas pemimpin pro-demokrasi itu.

“Kami harap pembebasan Suu Kyi akan disusuli oleh orang-orang penting yang lain. Semua tahanan politik Myanmar perlu dibebaskan, semua permusuhan terhadap minoriti etnik ditamatkan dan lancarkan proses perdamaian ke seluruh negara,” kata Piero Fassino yang juga merupakan ahli Parlimen Itali. - AFP

1 comment:

Dalaiama said...

Hello my friend!
Thanks for following my blog :)
It's a pitty I don't understand a word you write here :p What language is that?
I wish you all the best! :)